
Gunakan port pada Mac anda
Mac anda termasuk port yang anda boleh gunakan untuk memindahkan data, menyambungkan speaker atau fon kepala, atau menyambungkan paparan.
Sambungkan aksesori ke Mac anda
Jika anda mempunyai komputer riba Mac dengan Apple silicon, anda perlu meluluskan peranti USB atau Thunderbolt dan kad SD baharu yang anda sambungkan ke Mac anda. Jika anda memilih Benarkan, aksesori membenarkan penghantaran kuasa dan data. Jika anda memilih Jangan Benarkan, aksesori masih boleh mengecas, tetapi data tidak dihantar.
Nota: Anda digesa untuk meluluskan kad SD apabila anda menggunakan macOS 13.3 atau lebih baharu.

Nota: Pilihan Benarkan biasanya tidak apa-apa untuk peranti atau aksesori yang anda miliki. Jika anda menyambungkan Mac anda ke peranti awam (seperti stesen pengecasan lapangan terbang), pertimbangkan untuk memilih Jangan Benarkan.
Jika anda memilih untuk tidak meluluskan peranti atau aksesori baharu secara manual apabila anda menyambungkannya, anda boleh menukar seting ini.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul di sebelah βBenarkan aksesori bersambungβ, kemudian pilih sama ada Secara Automatik Apabila Dibuka Kunci atau Sentiasa untuk membenarkan aksesori untuk sentiasa bersambung tanpa kelulusan manual.
Ketahui tentang port pada Mac anda
Jika anda tidak pasti port yang dimiliki oleh Mac anda, lihat artikel Sokongan Apple Kenal pasti port pada Mac anda.
Nota: Mungkin terdapat ikon pengenalpastian berhampiran setiap port, bergantung pada Mac anda.
Port | Kelihatan seperti | Ikon | Perihalan |
---|---|---|---|
Audio analog keluar | ![]() | ![]() | Anda boleh menggunakan port ini untuk menyambungkan speaker berkuasa sendiri atau peralatan audio lain menggunakan kabel audio standard dengan pemalam besi 3.5 mm. |
Audio masuk | ![]() | ![]() | Anda boleh menggunakan port ini untuk menyambungkan peralatan stereo ke Mac anda dengan penyesuai kabel stereo miniplug ke RCA. Sesetengah komputer Mac juga menyokong input audio digital optikal menggunakan protokol S/PDIF. Gunakan kabel Toslink dengan penyesuai mini palam Toslink atau kabel gentian optik dengan palam plastik 3.5 mm atau optikal nilon. |
Ethernet | ![]() | ![]() | Gunakan kabel Ethernet untuk bersambung ke internet. Lihat Perihal port Ethernet 10 Gigabit pada Mac. |
HDMI | ![]() | ![]() | Bersambung ke HDTV dengan port HDMI. Port ini membenarkan anda memainkan audio dan video komputer anda pada HDTV. |
Fon Kepala | ![]() | ![]() | Anda boleh menggunakan port ini sebagai kombinasi fon kepala dan port baris keluar. Sambungkan fon kepala (dengan atau tanpa mikrofon terbina dalam), speaker berkuasa sendiri, atau peralatan audio lain menggunakan kabel audio standard dengan pemalam besi 3.5 mm. |
Mini DisplayPort | ![]() | ![]() | Sambungkan ke Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke paparan DVI, HDMI, atau VGA. |
Slot Kad SD atau SDXC | ![]() | Tiada ikon | Import imej daripada kamera digital atau untuk menyimpan maklumat. Lihat Artikel Sokongan Apple Gunakan slot kad SD dan SDXC pada Mac anda. |
Thunderbolt dan Thunderbolt 2 | ![]() | ![]() | Sambungkan ke peranti Thunderbolt atau paparan Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke paparan DVI, HDMI, atau VGA. |
Thunderbolt 3 (USB-C), Thunderbolt / USB 4, Thunderbolt 4 (USB-C) dan Thunderbolt 5 (USB-C) | ![]() | ![]() | Sambungkan ke peranti Thunderbolt atau paparan Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke peranti Thunderbolt 2 atau paparan DVI, HDMI, atau VGA. |
USB-C | ![]() | Tiada ikon | Sambungkan ke peranti Thunderbolt atau paparan Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke peranti Thunderbolt 2 atau paparan DVI, HDMI, atau VGA. |
Jika sambungan ke peranti tidak berfungsi
Jika peranti luaran anda tidak berfungsi, cuba mana-mana yang berikut:
Periksa peranti: Pastikan peranti diaktifkan dan kabelnya bersambung. Jika peranti memerlukan kord kuasa, pastikan ia dipasang masuk. Pastikan anda memasang sebarang perisian dan perisian tegar yang disertakan dengan peranti. Semak tapak web pengeluar untuk perisian terkini. Jika peranti berada dalam rantaian peranti, keluarkan peranti dari rantaian, kemudian pasangkan terus ke komputer anda untuk memastikan ia berfungsi.
Periksa yang anda menggunakan kabel yang betul: Jika anda tidak mempunyai kabel yang betul, anda mungkin perlu menggunakan penyesuai. Lihat artikel Sokongan Apple Penyesuai untuk port Thunderbolt atau USB-C pada Mac anda.
Periksa peranti berantai: Jika peranti berada dalam rantai peranti Thunderbolt yang bersambung, setiap satu saling bersambung dengan hanya satu peranti bersambung terus ke port Thunderbolt, putuskan sambungan peranti daripada rantai dan sahkannya berfungsi (lihat βSemak perantiβ, di atas). Kemudian pastikan yang semua peranti selain daripada yang bersambung terus ke Mac anda mempunyai kord kuasa. (Jika peranti yang bersambung terus dengan Mac anda memerlukan kord kuasa, ia perlu mempunyainya juga).
Jika peranti DisplayPort Mini sebahagian daripada rantai, pastikan ia berada di hujung dan disambungkan dengan kabel DisplayPort Mini.
Sahkan bahawa peranti muncul dalam Maklumat Sistem: Pada Mac anda, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian pilih menu Apple
> Maklumat Sistem.Buka Maklumat Sistem untuk saya
Dalam tetingkap yang kelihatan, lihat jika peranti disenaraikan di bawah Perkakasan dalam senarai di sebelah kiri. Jika peranti muncul tetapi tidak berfungsi, semak semula dokumentasi peranti untuk langkah penyelesaian masalah selanjutnya.
Anda juga boleh keluar dan membuka semula app yang menggunakan peranti atau memulakan semula Mac anda.