

Bermula dengan Peringatan
Bermula menggunakan Peringatan dengan cepat untuk menjejak dan menyusun tugasan anda, kemudian ketahui perkara lain yang anda boleh lakukan.

Tugasan dan jadual andaβsemuanya di satu tempat
Cipta, urus dan selesaikan peringatan berjadual anda terus dalam app Kalendar pada Mac.

Susun senarai runcit anda
Cipta senarai runcit dengan item diletakkan dalam kategori secara automatik untuk memudahkan anda membeli-belah.

Tukar paparan
Pilih paparanβsenarai atau lajur, senarai pintar dan senarai dipinkanβterpulang kepada anda.

Pergi lebih mendalam dengan subtugas
Gunakan subtugas apabila anda mahu menambah butiran lanjut ke peringatan.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Peringatan, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.